Dari Abu Abbas radhiallahu anhum katanya,

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda "' Siapa melihat Amir ( pemerintah ) melakukan suatu tindakan yang tidak disukainya hendaklah dia bersabar, kerana siapa memisahkan diri dari jemaah walaupun hanya sejengkal lalu dia mati maka matinya sama dengan mati jahiliyah "


Tidak boleh memencilkan diri dan meninggalkan jemaah kaum muslimin kerana tidak bersetuju dengan pemerintah atau pemimpim. Jemaah bermaksud masyarakat kaum muslimin di sebuah kawasan tertentu seperti daerah, taman perumahan, kampung maupun negara. Tetaplah kita bersatu dengan jemaah tersebut. Tidak boleh memusuhi kepimpinan dan meninggalkan ketaatan kepada mereka dengan cara mengasingkan diri atas sebab perbezaan politik atau pendapat atau lainnya.   

Baca Hadis Lain...