Dari Itban Bin Malik radhiallahu anhum katanya,

"Aku ditimpa musibah iaitu mataku buta ( hampir buta ), kerana itu aku mengutus seseorang mengundang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam semoga beliau sudi solat dirumahku.
Dimana kemudian tempat solat beliau itu kujadikan tempat solatku"


Kata Itban melanjutkan" Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam datang bersama beberapa orang sahabat. Beliau masuk kerumahku lalu solat, sedangklan para sahabat bercakap-cakap bersama mereka, yang akhirnya sampai kepada perihal Malik bin Dukhsyum*.

Kata mereka " Alangkah besarnya dosa Malik bin Dukhsyum" Mereka Ingin supaya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan dia mendapat celaka ditimpa malapetaka."

Setelah beliau selesai solat, beliau bertanya " Bukankah dia telah mengucapkan syahadat, bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan aku rasulullah?"

Jawab mereka " Dia mengucapkan tidak dari hatinya."

Jawab Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam " Tidak seorang pun yang mengucapkan syahadat, bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan bahawa aku rasululllah yang masuk neraka atau dimakan api neraka"


Kata Anas " Hadis ini sangat mengagumkanku. Kerana itu ku suruh anakku menulisnya"

( Muslim 29)

* Malik Bin Dukhsyum seorang Ansar yang didakwa munafik. Ulama berpendapat bahawa dia telah mengikut rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam peperangan badar dan peperangan lain. Kata Umar radhiallahu anhum " Tidak benar dia munafik, rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri telah menyatakan Imannya benar.

Baca Hadis Lain....