Dari Abu Hurairah radhiallahu anhum, katanya Rasululllah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

" Siapa  yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jemaah lalu dia mati, maka matinya sepereti mati jahiliyah, Siapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana fanatik, dia bukanlah umatku. Dan siapa yang keluar dari umatku dan menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa memperdulikan apakah dia orang mukmin atau tidak  dan tanpa mengendahkan janji yang dibuatnya, orang itu juga bukan umatku. "
( Muslim 1817 )


Jemaah adalah sekelompok kaum muslimin yang berada dibawah satu kepimpinan yang baik. Tidak boleh memisahkan diri kerana permusuhan dengan kelompok masyarakat kaum muslimin yang berada dibawah kepimpinan tersebut atas sebab perbezaan politik atau sebagainya. Tidak boleh memusuhi kaum muslimin kerana fanatik kesukuan, kedaerahan, politik dan sebagainya. Tidak boleh keluar dari jemaah dan kemudian memerangi kaum muslimin dan membunuh mereka semborono tanpa peduli samada mereka baik atau jahat. Kewajipan kita kaum muslimin adalah mengekalkan perpaduan dan kesekepatan dalam satu pimpinan. Islam adalah bersaudara.

Baca Hadis Lain