Dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu, katanya Rasullullah shallalahu alaihi wa sallam bersabda :

" Diperlihatkan (Allah) kepadaku neraka. Ketika itu kulihat kebanyakkan isinya terdiri dari perempuan-perempuan kufur."

Ditanya orang kepada beliau "Apakah mereka kufur kepada Allah"

Jawab Rasullullah shallalahu alaihi wa sallam:
"Mereka kufur kepada suami dan atas kebaikan ( tidak berterima kasih atas kebaikan suami ) . Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas dia berkata" saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit jua pun"

(Sahih bukhari no 23)

Hadis diatas menjelaskan bahawa neraka akan dipenuhi dengan kaum hawa dikalangan orang beriman. Ini disebabkan mereka kufur tetapi bukan kufur akidah atau keluar dari Islam. Sebaliknya kufur itu adalah kufur nikmat tidak mahu berterimakasih kepada suami. Suami telah melakukan kebaikan yang banyak walaupun tidak sempurna tetapi hanya kerana satu kesalahan sahaja, si isteri terus mengungkit dengan menyatakan bahawa suaminya tidak pernah melakukan apa-apa kebaikan pun kepada dirinya. Ini adalah kufur kepada suami sebagaimana dijelaskan oleh hadis diatas. Maka mengkufuri suami adalah termasuk dosa besar.. Justeru itu para isteri wajib menjaga tatacara bicara dan tingkahlaku supaya tidak digolongkan sebagai orang yang mengkufuri suami walaupun dia melakukan amalan solah yang banyak.

Baca Hadis lain...