Halaman

Kewajipan Mengadakan Majlis Perkahwinan

Keutamaan mengadakan majlis walimatul urus atau majlis kahwin

Dari Abdulrahman Bin Auf Radhiallahu anhu, katanya :

"Ketika kami tiba di madinah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mempersaudarakan saya dengan Sa'ad Bin Rabi''

Kata Sa'ad Bin Rabi" Saya orang Anshar yang paling kaya. Aku bagi dua hartaku denganmu. Dan lihatlat mana antara isteriku yang engkau senangi. Akan aku ceraikan dia. Setelah dia halal, engkau boleh mengahwininya."

Jawab Abdulrahman," Saya tidak memerlukan demikian. Dimanakah Pasar disini?"

Jawab Sa'ad " Pasar Qainuqa'"

Pagi-pagi Abdulrahman membawa keju dan samin. Dan sesudah itu dia terus menerus pergi kesana. Tidak lama kemudian Abdulrahman datang ( kepada nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ) dengan kesan pucat ( di mukanya ).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya " Kahwinkah engkau?"

Jawab Abdulrahman " Benar ya rasulullah!"

Tanya Nabi " Dengan Siapa?"

Jawabnya" Dengan seorang wanita Anshar"

Tanya Nabi lagi" Berapa engkau berikan maharnya?"

Jawabnya" Emas seberat atau sebesar biji kurma"

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam" Adakan-lah pesta sekalipun dengan seekor domba"

( Bukhari 1005 )

Hadis ini menjelaskan tentang kewajipan mengadakan majlis perkahwinan bagi para bakal mempelai dengan tidak melewati batas-batas aurat, pergaulan dan juga bentuk hiburan kepada para tetamu.

Baca Hadis Lain :