Keutamaan sebagi seirang Muslim adalah sentiasa prihatin dengan kesusahan orang lain da kengekalkan hubungan persaudaraan sesama Muslim walaupun kita tidak saling mengenali. Antara sebab pecahnya perpaduan muslim adalah kerana kecintaan dan tamak akan dunia seperti kecintaan kepada kuasa, harta , hiburan dan sebagainya hingga meninggalkan kewajipan dalam mengekalkan hubungan.

Hadis dari sahih bukhari seperti yang diriwayatkan oleh:


Dari Abdullah bin Umar r.a, katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, katanya:

"Islam bagaimanakah yang paling utama?"

Jawab Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
"Memberi makan ( orang-orang miskin ), mengucap salam kepada orang yang engkau kenal dan tidak kenal"
(Bukhari : 9 )

Dua bentuk keutamaan dalam Islam adalah sentiasa prihatin dengan menolong golongan yang miskin. Dengan harta yang ada diguna untuk melepaskan beban orang miskin dengan menghilangkan kelaparan mereka atau sebagainya. Hikmah dari amalan ini akan menwujudkan hubungan yang baik antara golongan yang mewah dan yang susah dan tidak mungkin wujud perbezaan status sesama Islam.
Sentiasa mengucapkan salam kepada sesiapa pun yang Islam dikalangan manusia. Salam adalah menyebar kesejahteraan dengan saling medoakan. Dan ia adalah tanda hubungan baik dan kasih sayang antara seorang Islam dan saudara seagamanya. Seperti yang diriwayatkan oleh hadis :

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, katanya:

Rasulullah shallallahu ''alaihi wa sallam bersabda :
"Kamu tidak akan masuk syurga, sebelum kamu beriman. Dan kamu belum dapat dikatakan mu'min sebelum kamu mengasihi antara satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan berkasi-kasihan? Sebarkanlah salam antaramu"
(Muslim 42 )

Hadis tersebut menyebut bahawa kita tidak dikatakan mu'min atau Islam yang benar jika kita tidak mengasihi antara satu sama lain. Maka jika kita tidak dikatakan mukmin yang benar bagaimana kita dikatakan seorang yang beriman. Oleh itu antara sunnah yang semakin ditinggalkan adalah berkasih sayang antara Muslim dan kaedahnya cukup mudah iaitu dengan menyebarkan salam

Di kala akhir zaman ini wujud kebidaahan dalam bersiasah atau politik iaitu dengan mencerca segolongan lain hanya untuk meraih sokongan. Sehingga perkataan mampus, bodoh, sesat, anjing, confirm ahli neraka digunakan secara berleluasa. Seharusnya kita wajib menuruti sunnah walaupun kita mempunyai pandangan yang berbeza. Sentiasa menuduh orang lain buruk dan kita adalah yang paling baik adalah satu tanda dari kesombongan maka seharusnya kita hindari. 

Diriwayat oleh Muslim, dari Abu Syuraih Al Khuza'iy radhiallahu anhu, katanya nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda ;

"Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik dengan tetangganya. Siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Kiamat, hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan siapa yang beriman kepada Allah dan Hari kiamat, hendaklah dia berkata baik atau diam" ( Muslim 39 )

Tga jenis kewajipan kepada mereka yang beriman.
1. Berbuat baik dengan tetangga ( jiran )
2. Memuliakan tetamu
3. Berkata baik atau diam.

Seharusnya kita memerhatikan adakah kita sentiasa menjaga perkataan kita kerana perkataan yang tidak baik akan menimbulkan sakit hati orang lain dan munculnya fitnah dan permusuhan. Maka dasar agama dan termasuk dalam Iman iaitu kita menjaga hubungan yang baik terutama adalah kepada  jiran, tetamu kita dan lingkungan kita dengan perkataan yang baik. Sebaik-baik perkataan adalah salam dan nasihat. Justeru itu hindarilah politik yang memecahkan. 

Perbezaan pendapat tidak salah dan hanya salah bagaimana kita merungkaikan permasalahan tanpa memecah belahkan perpaduan antara umat Islam kerana mengekalkan hubungan kasih sayang dan perpaduan yang baik adalah wajib. Umat Islam harus berada dalam hubungan baik, satu keputusan yang baik yang memenangkan mereka. Dan perpecahan adalah bencana paling besar kepada Umat ini.

Hadis lain...