Jalan Yang Lurus
Motivasi Menjadi Orang solih
Firman Allah swt dalm surah Al-Faatihah, " tunjukkanlah aku kejalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang engkau anugerahkan nikmat kepada mereka ". Surah Al-Faatihah dibaca pada setiap rakaat dalam solat. Ia adalah bacaan yang dianugerahkan.
Kita memohon dalam solat supaya Allah swt menunjukkan jalan yang lurus iaitu jalan-jalan yang ditempuh oleh golongan yang Allah swt telah memberi nikmat kepada mereka. Siapakah golongan yang diberi nikmat?
Tafsir firman Alllah swt dalam surah An-nisa " Dan barangsiapa yang mentaati Allah dann rasulnya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah ; iaitu para nabi, para shidiqun, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang salih, dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui" ((An-Nisa : 69/70)
Menjadi orang salih boleh melalui lima tingkatan. Bermula dengan Islam, iman, zuhud, warak dan kemudian salih. Bersungguh-sungguhlah menjadi orang salih dengan ilmu dan amalkannya. Belajarlah tentang Islam dari ilmu yang benar dan tingkatkan keimanan dengan meninggalkan dosa dan ditambah dengan amalan sunat.
Berlaku zuhudlah setiap kali diuji dengan kenikmatan duniawi dengan tetap mentaati perintah dan larangan Allah. Istiqamah dengan sunnah yang hak dan amalan-amalan solih sehingga menjadi orang yang solih sempurna yang tetap dengan kebenaran beramal menurut ilmu yang hak.