Jampi (Ruqyah ) dengan Al-Fatihah
Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Fadhailul Quran, dari Abu Said AL-Kudri,
katanya “ kami pernah berada dalam suatu perjalanan, lalu kami singgah, tiba-tiba seorang budak wanita datang seraya berkata:
“ Sesungguhnya kepala suku kami tersengat, dan orang-orang kami sedang tidak berada ditempatnya, apakah ada diantara kamu yang boleh memberi ruqyah? Lalu ada seorang lelaki berdiri bersamanya, yang kami tidak pernah menyangkanya boleh merruqyah.
Kemudian orang itu membacakan ruqyah, kemudian kepala suku itu pun sembuh. Lalu dia menyuruh memberikan tiga puluh ekor kambing, sedang kami diberi minum susu. Setelah ia kembali, kami bertanya kepadanya:
“ Apakah engkau memang pandai dan boleh beruqyah?”
Maka dia pun menjawab: “ Aku tidak meruqyah kecuali dengan ummul kitab ( al-Faatihah ).
Jangan berbuat apapun sehingga kita datang dan bertanya kepada Rasulullah sahut kami. Sampai di Madhinah kami menceritakan kepada nabi, maka beliau pun bersabda:
Dari mana dia tahu bahawa surat al-Faatihah itu sebagai ruqyah ( jampi ) , berbagi-bagilah kambing itu dan berikan satu bahagian kepadaku”
Demikian juga riwayat Muslim dan Abu Daud.
Dinukil dari kitab tafsir ibnu katsir.