Dari Barra bin Azib r.a, "Pertama kali Nabi saw datang ke Madinah, beliau tinggal di rumah datuk dan bapa saudara beliau dari kaum Anshar. Ketika itu nabi solat menghadap ke Baitul Maqdis ( Juruselem , lebih kurang 16 ke 7 bulan lamanya. 

Sesungguhnya nabi lebih suka menghadap ke Baitullah ( Kaa'bah ) menjadi kiblatnya. Dan solat yang mula-mula dikerjakan nabi menghadap ke Baitullah ialah solat Asar, yang dilakukan beliau bersama orang banyak.



Kemudian salah seorang yang mengikut Solat Jama'ah bersama nabi ketika itu keluar dan pergi melintasi sebuah masjid, dimana Jama'ahnya sedang ruku' menghadap Baitul Maqdis. Lantas orang itu berkata," 

"Demi Allah, baru sahaja aku solat bersama-sama Rasulullah menghadap ke Mekkah ( Baitullah )"

Maka segera mereka merubah kiblat mereka menghadap ke Baitulah. Orang-orang Yahudi mulanya sangat bangga, ketika ( Nabi dan para sahabat ) solat menghadap ke Baitul Maqdis. Begitu juga ahli kitab ( Nasrani ). Tetapi setelah kiblat umat Islam berubah ke Baitulah mereka mencela perubahan itu."

Selanjutnya Barra' menyebutkan dalam hadisnya ini:
"Banyak orang yang telah meninggal di masa Kiblat masih ke Baitul Maqdis dan yang terbunuh sebelum perubahan kiblat ke Baitulah. Kami tidak mengerti bagaimana ( hukumnya ) solat itu"

Lalu turun Ayat;

"Allah tidak akan menysia-siakan iman kamu sekelian" Surah Al -Baqarah, 143

(Sahih Bukhari 34 )

Baca Hadis Lain....