Halaman

Bahaya Lidah

Diantara nasihat dan petunjuk dan Nabi shallalahu alaihi wa sallam adalah menjaga lidah. atau percakapan. Amalan lidah termasuk tidak menghibah atau mengumpat, menyebar fitnah, mencerca, mencela, menggoda, menipu dan sumpah palsu. Dianjurkan lidah diguna untuk perkataan yang baik. Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan Ibnu Majah melalui sanad yang hassan.

Dari Sufyan bin 'Abdullah ats-Tsaqafi, ia berkata:


 "Aku berkata, wahai Rasulullah, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan berpegang dengannya!"

 Beliau menjawab: "Katakanlah, 'Rabbku adalah Allah', lalu istiqomahlah".

 Aku berkata: "Wahai Rasulullah, apakah yang paling anda khawatirkan atasku?".

Beliau memegang lidah beliau sendiri, lalu bersabda: "Ini".

HR Tirmidzi, no. 2410. Ibnu Majah, no. 3972. Dan dishahîhkan oleh Syaikh al-Albani.

Baca Hadis Lain...