Halaman

Beramalah menuruti sunnah

Dari Ummu Mukminin, Aisyah radhiallahu anhuma katanya;

"Biasanya Rasulullah shallalahu alaihi wa sallam, apabila menyuruh para sahabatnya, disuruhnya mereka mengerjakan amal- amal yang mereka sanggup mengerjakannya"

Lantas mereka berkata," Ya Rasullullah! Kami ini tidak seperti anda. Allah subhanahu wa taala telah mengampuni dosa anda yang telah lalu dan akan datang"



Mendengar ucapan mereka itu Nabi marah sehingga kelihatan tanda merah di mukanya.
Sabda baginda," Sesungguhnya yang paling taqwa dan yang lebih alim kepada Allah diantara kamu semua ialah aku"
(Sahih bukhari no 15)

Hadis ini adalah larangan nabi untuk berlebih-lebihan dalam beramal atau melakukan amalan baru yang tidak ada contohnya dari baginda. Nabi tidak memberatkan umatnya untuk melakukan amal ibadah sepanjang masa dan meninggalkan kehidupan seharian seperti bekerja, berkahwin, tidur dan sebagainya dan tidak menghabiskan masa di mesjid atau di mana sahaja untuk bersolat, berzikir dan amalan lain. Kerana ia adalah suatu kebidaahan. Tidak ada orang yang lebih takwanya dari rasulullah shallalahu alaihi wa salam tetapi Nabi bersolat dan dia tidur, dia berpuasa dan dia berbuka menurut waktunya seperti Isnin dan khamis dan tidak sepanjang hari dan dia juga berkahwin. Dia juga melakukan tugas seharian seperti orang lain

p/s: Jika anda merasakan hadis ini bermanfaat, sebarkan ke rakan facebook anda sebagai bekalan akhirat.

Baca hadis lain...