Halaman

Amalan yang paling afdal

Dari Abdullah radhiallahu anhum katanya: Saya bertanya kepada Nabi Shallalahu alaihi wa salam.
"Apakah amalan yang lebih dikasihi Allah?"
Jawab beliau: "Sembahyang dalam waktunya"
Tanyaku lagi" Kemudian apa lagi?"
Jawab beliau:" Berbuat baik kepada ibu bapa"
Tanyaku lagi " Kemudian apa lagi?"
Jawab beliau" Berjuang di jalan Allah"
(Sahih Bukhari no 1689)


Hadis ini menjelaskan tentang tingkatan amalan. Amalan yang paling dikasihi Allah subbhana wa taala adalah solat. Oleh itu solat memiliki kedudukan yang tinggi diatas amalan-amalan lain. 

Baca Hadis Lain...