Kelebihan Surah Al-Fatihah
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Said bin Al- Mualla katanya
“ Aku pernah salat, lalu Rasulullah saw memanggilku, tetapi aku tidak menjawabnya hingga aku menyelesaikan solat. Setelah itu aku mendatangi beliau, maka beliau pun bertanya:
“ Apa yang menghalangimu datang kepadaku?
Maka aku menjawab : Ya Rasulullah, sesungguhnya aku tadi sedang mengerjakan solat,
lalu beliau bersabda: “ Bukankah Allah taala telah berfirman : Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyerumu kepada yang memberi kehidupan kepadamu ( Al-Anfal :24 ) dan setelah itu beliau bersabda:’
Akan aku ajarkan kepadamu suatu surat yang paling agung didalam Alquran sebelum engkau keluar dari masjid ini: Maka beliau pun memimpin tanganku.
Dan ketika beliau hendak keluar dari masjid ini, aku katakan: Ya Rasulullah, engkau tadinya telah berkata akan mengajarkan kepadaku surat yang paling agung dalam Al-Quran.
’Kemudian beliau menjawab: Benar, ia adalah as-Sabul Matsani dan Al-Quran al-azhim yang telah diturunkan kepadaku”
Surah Al-Faatihah juga dikenali sebagai as-Sabul Matsani yang bermaksud tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran al-Azhim.
Demikian juga yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, an-Nasa-i dan ibnu Majah, melalui jalur sanad dari Syub’ah.
Para Ulama menjadikan hadis ini dan semisalnya sebagai dalil keutamaan dan kelebihan sebahagian ayat dan surat atas yang lainnya, sebagaimana disebutkan banyak ulama, diantaranya Ishak bin Rahawaih, Abu Bakar Ibnu al-Arabi, Ibnu al-Haffar seorang penganut Mahzab Maliki. Sedangkan sekelompok lainnya berpendapat tidak ada keutamaan suatu ayat atau surat atas yang lainnya, kerana semuanya merupakan Firman Allah Azzawajjala.
Supaya hal itu tidak menimbulkan dugaan adanya kekurangan pada ayat lain, semuanya adalah memiliki keutamaan. Pendapat ini dinukilkan al-Qurtubi dari al-Asy’ari, Abu Bakar al Baqillani, Abu Hatim Ibnu Hibban al-Butsi, Abu Hayyan, Yahya bin Yahya dan sebuah riwayat dari Imam Malik.
Dinukil Dari Kitab Tafsir Ibnu Katsir.
Sila Baca:
Petua menjadi orang bertakwa
Jenis-jenis syaitan
Banyak terjadi rusuhan dan tanah runtuh
Sila Baca:
Petua menjadi orang bertakwa
Jenis-jenis syaitan
Banyak terjadi rusuhan dan tanah runtuh