Diriwayatkan dari Aisyah r.a, ia berkata : Rasulullah saw bersabda ,

" Pada akhir umat ini akan terjadi tanah runtuh, perubahan bentuk muka, dan rusuhan" 

 Aisyah berkata:
saya bertanya," wahai rasulullah, apakah kami akan binasa padahal dikalangan kami masih ada orang-orang soleh" 

Baginda menjawab " Ya, apabila keburukan telah bermaharajalela"
 ( Artirmidzi, Kitab All-itan, disahihkan oleh Al-Albani )

 Dari Ibnu Mas''ud r.a, Rasulullah bersabda: ''Menjelangnya kedatangan hari kiamat, akan terjadinya perubahan bentuk muka, tanah runtuh dan kerusuhan"
( Sunan Ibnu Majah )

Dalam riwayat lain ada menyebut tentang kaum zindiq  dan qadariyah akan ditimpa perubahan bentuk rupa dan kerusuhan. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari ibnu umar R.A, dia berkata;

" Saya pernah mendengar Rasulullah bersabda :"Sesungguhnya akan terjadinya perubahan bentuk muka dan kerusuhan pada umatku, iaitu pada kaum Zindiq dan Qadariyah"
( Musnad Imam Ahmad, no 6028 dengan tahkiq Ahmad syakir, dia berkata Isnadnya sahih )

Didalam riwayat Tirmidzi ada disebutkan :
" Pada umat ini akan terjadinya tanah runtuh, perubahan bentuk muka, kerusuhan iaitu pada kaum Qadariyah"
( At-Tirmidzi )

Tanah runtuh telah terjadi di banyak tempat. Baru-baru ini berlaku rusuhan besar-besaran di Timur tengah. Ini sebenarnya menandakan petunjuk dari hadis nabi itu benar-benar telah berlaku. Ini merupakan peringatan akan datangnya azab yang pedih terhadap hamba-hambanya kerana tidak menuruti Sunnah yang hak dan berterusan melakukan maksiat dan kebidaahan agar kembali mengambil pelajaran dan mengamalkan yang hak.

Sila Baca :