Petua menjadi orang bertakwa
" Kitab ( Al-Quran ) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk kepada orang bertakwa " ( Al-Baqarah : 2 ).
Diriwayatkan dari Imam At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari 'atthiyah as-Suddi , dia menceritakan bahawa : Rasullulah bersabda ;
" Tidaklah seorangg hamba mencapai darjah Mutaqqin ( orang yang bertakwa ) hingga dia meninggalkan apa yang boleh dilakukannya kerana khuatir akan menjerumuskan kepada apa yang tidak boleh dikerjakan ( iaitu perkara yangg diharamkan ) "
Iman At-Tirmidzi mengatakan hadis ini hasan gharib.
Diceritakan bahawa Umar bin Khatab pernah bertanya kepada Ubay bin Ka'ab mengenai takwa. Ubay bertanya kembali kepadanya.
" Tidakkah engkau pernah melewati jalan yang berduri ".
Umar menjawab " Ya ".
Ubay bertanya kembali." Lalu apa yang engkau lakukan "
Umar Menjawab " Aku akan berusaha untuk menghindarinya ( duri itu ) "
Kemudian Ubay menuturkan " Yang demikian itulah takwa "
Takwa adalah berhati-hati dari perkara yang diharamkan. Berusaha menghindarkan perkara atau aktiviti yang boleh menjerumuskan kepada yang haram. Berusahalah menjauhi perkara yang dibenci ( makruh ) kerana ia boleh menjerumus kepada yang haram tanpa disedari.