Dari Abdullah Bin Masud r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:
"Aku tahu penduduk neraka yang terakhir keluar dari neraka, dan penduduk syurga yang terakhir masuk syurga. Iaitu orang yang keluar dari neraka sambil merangkak. Allah ta'la berfirman kepadanya. " Pergilah dan masuklah kesyurga!"


Lalu dia pergi ke syurga. Tetapi terbayang kepadanya syurga telah penuh. Kerana itu dia kembali kepada tuhan dan berkata,:


"Ya Tuhanku! Kudapati syurga telah penuh"
Firman Allah subhana wa ta'ala" Pergilah dan masuklah ke syurga!"

Dia pun pergi ke syurga. Sementara itu terbayang pula kepadanya syurga telah penuh. Kerana itu dia kembali pula kepada tuhannya seraya berkata:

" Ya Tuhanku! Kudapati syurga telah penuh."
Allah berfirman kepadanya," Pergilah dan masuklah kesyurga!"

Kemudian dia pergi. Tetapi tetap terbayang olehnya syurga telah penuh. Maka dia kembali seraya berkata,

"Ya Tuhanku! Kudapati syurga telah penuh"
Allah swt berfirman kembali "Pergilah dan masuklah ke syurga. Untukmu tersedia tempat sepuluh kali luas dunia."

Kata orang itu" Apakah engkau tidak mengolok-ngolokkan ku? Engkau adalah Maha Raja"

Kata Abdullah menambahkan," Aku melihat Rasulullah tertawa, sehingga kelihatan gigi beliau" Beliau bersabda" Dikatakan kepadaku, itulah tempat penduduk syurga paling rendah"

Sahih Muslim 151

Baca Hadis Lain...