Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah saww bersabda:

"Barangsiapa melakukan solat di malam Qadar kerana Iman dan Ihklas, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu"
(Sahih Bukhari 29)


Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw bersabda:

"Allah mengembirakan hati orang yang berperang fi sabilillah, iaitu orang yang berperang semata-mata kerana Iman kepada Allah dan Rasulnya, bahwa ia akan kembali membawa kemenangan dan harta rampasan atau dimasukkan ke dalam syurga."
"Andaikata tidak akan menyulitkan umatku, niscaya aku akan selalu ikut berperang. Aku ingin mati terbunuh di jalan Allah, kemudian hidup kembali dan terbunuh, hidup kembali dan terbunuh pula"
( Sahih Bukhari 30 )

Dari Abu hurairah r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:
 " Siapa yang menegakkan solat dibulan Ramadhan kerana Iman dan Ikhlas, diampuni dosanya yang telah lalu"
(Sahih Bukhari 31 )

Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa di bulan ramadhan kerana Iman dan Ikhlas di ampuni Allah dosanya yang telah lalu"
(Sahih Bukhari 32 )

Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa melawat jenazah orang muslim kerana Iman dan Ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menyelengarakan permakamannya sampai selesai, maka orang itu pulang membawa pahala 2 qirat, satu qirat kira-kira sebesar bukit uhud dan siapa yang ikut solat jenazah sahaja, kemudian dia pulang sebelum dimakamkan maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat"
(Sahih Bukhari 39 )

Dari Abu Mas'ud r.a, katanya Nabi saw bersabda:
"Apabila seorang lelaki memberi nafkah kepada keluarganya dengan Ikhlas, maka nafkah itu sama dengan sedekah ( pahalanya )"
(Sahih Bukhari 45 )

Saad bin Abi Waqas r.a menceritakan bahwa Rasulullah saw pernah bersabda:
"Nafkah yang anda berikan semata-mata kerana Allah, niscaya diberi pahala oleh Allah;  Bahkan apa yang anda berikan untuk makan isteri anda akan diberi pahla juga oleh Allah "
( Riwayat Bukhari 46 )

Baca Hadis Lain....