Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw bersabda:

"Tanda-tanda munafik itu ada tiga.
1. Apabila berkata dia dusta
2. Apabila berjanji dia mungkiri
3. Apabila dipercayai, dia khianat
( Sahih Bukhari 27 )


Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a, katanya Nabi saw bersabda:

"Ada empat perkara, barangsiapa terdapat pada dirinya lengkap keempatnya, ituladia orang munafik sesungguhnya. Dan barangsiapa terdapat padanya satu perkara sahaja, maka dia termasuk munafik juga hingga ditinggalkannya sifat yang satu itu:

1) Apabila dipercaya, dia khianat
2) Apabila berkata dia dusta
3) Apabila berjanji dia mungkiri
4) Apabila bermusuhan, dia sangat jahat.
( Sahih Bukhari 28 )

Baca Hadis Lain...