Pelajarilah hukum-hukum tajwid dan tarranum dalam membaca Al-quran kerana ia termasuk sunnah. Kebanyakkan masyarakat sudah meninggalkan amalan membaca dan menghafal AlQuran dan juga tadabur atau mempelajari makna dan tafsiran AlQuran. Kita telah disibukkan dengan khayalan nyanyian yang menyesatkan walaupun ianya dipanggil nasyid kerana ia tidak termasuk sunnah yang ditinggalkan.

 Nasyid atau nyanyian bukanlah satu amalan sunnah yang menjadi amalan nabi walaupun terdapat nas yang mengharuskannya di majlis perkahwinan atau situasi peperangan. Seharusnya suara yang bagus diguna dalam menbaca AlQuran kerana ia boleh menarik perasaan khusyuk dan membuka hati mereka yang mendengarkannya. Malahan boleh menjadi ubat penawar hati dan kenakalan anak.

 
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Baguskanlah (bacaan) Al-Qur`an dengan suara kalian"

 [HR. Abu Dawud dan Ahmad]

Baca hadis lain...