Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi Shallalahu alaihi wa sallam bersabda:

“Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu lapang”. 

[HR Bukhari, no. 5933].


 Hadis ini menyeru untuk sentiasa membanyakkan bekal ke alam akhirat. Seringkali kita mendapat masa lapang dan kesihatan yang baik tetapi ia dihabiskan untuk perkara yang tidak ada keutamaannya. Sentiasa lalai dari kewajiban melakukan ibadah wajib apatah lagi yang sunat. Oleh itu jangan tertipu dengan kenikmatan masa yang ada. Gunakan sebaiknya. Masa yang diberi semakin hari semakin sedikit. Masa tetap akan berjalan dan tidak akan berhenti. 

Baca hadis lain....