Mencaci Maki Kedua Orang Tua
Mencaci maki kedua orang tua adalah salah satu dosa yang paling besar. Seorang yang derhaka akan menanggung dosa besar selama dia masih menderhaka kepada kedua orang tua. Seorang yang derhaka akan sanggup mencaci maki kedua orang tua. Namun bagaimana seorang yang sangat taat dan kasih kepada kedua orang tua akan mendapat dosa besar kerana mencaci kedua orang tua? Perkara seperti ini boleh berlaku tanpa disedari jika kita tidak berilmu.
Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a menceritakan. Rasulullah Saw bersabda :
" Mencaci maki kedua ibu bapa adalah termasuk dosa-dosa besar "
Para sahabat bertanya " Adakah ada orang yang mencaci maki kedua ibu bapanya?"
Rasulullah saw menjawab " Ya ADA ! Dicacinya bapa orang lain, lantas orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lantas orang itu mencaci ibunya pula"
Islam adalah agama yang membentuk peribadi yang baik bagi orang yang sungguh-sungguh ingin beriman dan ingin melakukan kebaikan. Dalam Islam adanya perintah dan larangan. Budaya mencaci maki adalah bukan sebahagian dari Islam dan terlarang. Apabila kita memaki orang lain, orang itu akan memaki kita pula. Apatah lagi yang dimaki itu adalah ibubapa orang yang sangat disayangi walaupun mereka bukan orang Islam. Oleh itu berhati-hatilah kerana mencaci maki kedua orang tua adalah dosa yang besar.
Sila Baca :
- 7 golongan yang mendapat naungan Allah
- Kata ah..telah menderhaka kepada orang tua
- Bagaimana mendakwahi kedua ibubapa
Al Quran Berusia 700 tahun |