Bagaimana mendakwahi kedua ibu bapa
Bagaimana mendakwahi kedua ibu bapa
Berikut adalah kisah Sahabat Abu Hurairah dengan ibunya. Beliau ditimpa dengan perasaan yan sangat gelisah berikutan ibunya masih belum memeluk Islam. Kisah ini telah dirawikan didalam Shahih Muslim:
Aku mendakwahi ibuku agar masuk Islam. Suatu hari aku mengajaknya untuk masuk Islam, tetapi dia malah mengeluarkan pernyataan tentang kebenciannya kepada Rasullullah.
Aku pun menemui Rasulullah dalam keadaan menangis. Aku mengadu kepadanya:
"Wahai Rasulullah, aku telah memujuk ibuku untuk masuk Islam, namun dia menolakku. Hari ini, dia berleter tentang dirimu yang pernah aku benci.
Mohonlah kepada Allah supaya memberi hidayah ibuku." Rasulullah bersabda:
"Ya, Allah. Tunjukilah ibu Abu Hurairah."
Aku keluar dengan hati riang karena do'a Nabi. Ketika aku pulang dan mendekati pintu, maka ternyata pintu terbuka. Ibuku mendengar kakiku dan berkata:
"Tetap di situ Abu Hurairah."
Aku mendengar kucuran air. Ibu ku sedang mandi dan kemudian mengenakan pakaiannya serta menutup wajahnya, dan kemudian membuka pintu.
Dan ia berkata: "Wahai, Abu Hurairah! Asyhadu an Laa ilaaha Illa Allah wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu warasuluhu."
Aku kembali ke tempat Rasulullah dengan menangis gembira.
Aku berkata,"Wahai, Rasulullah. Bergembiralah. Allah telah mengabulkan do'amu dan menunjuki ibuku." Maka Beliau memuji Allah dan menyanjungNya. [HR Muslim].
Telah menjadi fitrah penciptaan manusia, lahirnya kita di dunia adalah melalui ibu bapa. Keduanya bersusah payah membesarkan si anak. Buruk macam manapun, mereka tetap ibu dan bapa. Oleh itu kasih kita sebagai anak janganlah pudar kerana mengejar kenikmatan duniawi dan mungkin perbezaan akidah. Kasih biarlah membawa ke syurga. Biarlah kita masih boleh bertemu mereka di akhirat. Itullah tujuan hidup ini adalah untuk akhirat. Segala apa yang dilakukan mestilah membawa faedah di akhirat meskipun sukar.
Kesabaran adalah kunci segala perkara. Orang yang menang adalah orang yang kuat kesabarannya. Apatah lagi didalam menghadapi karenah kedua orang tua. Kekuatan si anak adalah apabila berupaya membimbing kedua ibu bapa dengan nasihat yang benar. Hidayah adalah datang dari Allah swt. Jangan mengharapkan perubahan yang mendadak kerana ia bukan urusan kita. Tetapi usaha kita adalah menyampaikan dan membimbing.
Janganlah kita bermasam muka, mogok tidak mahu pulang bertemu kedua ibu bapa, berdendam dan apatah lagi menghantar mereka ke rumah orang tua. Jadilah anak yang soleh yang sentiasa rapat dengan kedua ibu bapa dan mendoakan mereka ketika mereka telah meninggal dunia. Ingatlah keredaan Allah adalah keredaan kedua orang tua kita. Ingatlah ketika kita ditimpa masalah, kita akan mencari kedua orang tua? Ketika masih kecil, kalau demam akan datang beritahu bapa bahwa kita demam.
Tetapi apabila sudah mewah, kedua ibubapa sudah tua dan uzur. Mereka mengharapkan si anak untuk membantu mereka. Tetapi mereka lansung dibiarkan, tidak pernah di ziarahi. Apakah dosa kedua orang tua sehingga mereka diperlakukan sedemikian? Tidak ingatkah kita, ibu akan mengenyangkan kita dahulu sebelum dia kenyang. Begitulah orang tua. Kini kita juga adalah ibu bapa dan bagaimana kita mengalami keadaan jika dibiar oleh anak kita apabila kita sudah menjangkau usia tua. Oleh itu usahakan kebaikan kerana kita akan dibalasi dengan kebaikan di dunia dan di akhirat.
Berbuat baik dengan kedua ibu bapa sebagai sebagai satu dakwah di samping kata-kata nasihat. Dan doakan mereka kerana mereka memenng mengharap doa kita. Inilah kaedah dakwah menurut sunnah. Kesilapan ibu atau bapa masih dikira kecil jika dibanding dengan jasa mereka membawa kita ke dunia.
Kehijauan ciptaan tuhan |