Umat Akhir zaman berubah kepada perangai kera dan babi
Suatu ancaman kepada ahli-ahli maksiat iaitu para pemuzik, peminat-peminatnya dan peminum arak.
Imam At-Tirmidzi meriwayatkan dari Imran bin Husain r.a, Rasululllah bersabda :
"Pada umat ini akan terjadinya tanah runtuh, perubahan bentuk rupa dan kerusuhan"
Baginda menjawab" Apabila disana-sini telah banyak biduan (penyanyi) dan alat-alat muzik serta khamar telah biasa diminum"
Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Malik All-Asy'ari r.a, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya akan ada manusia-manusia dan umatku yang akan minum khamar dan menamakannya dengan nama lain, dan kepala mereka dipenuhi dengan alat-alat muzik. Allah akan menimpakan tanah runtuh kepada mereka dan menjadikan sebahagian mereka seperti kera dan babi"
( Sunan Ibnu Majah )
Sebahagian ulama berpendapat perubahan bentuk rupa akan berlaku secara maknawi iaitu meliputi tingkah laku dan fizikal. Berlaku dizaman ini dimana terdapat segelintir umat yang telah mengubah bentuk rupa mereka menuruti irama muzik yang mereka minati. Mereka yang meminati muzik-muzik yang keras akan merubah wajah mereka untuk kelihatan ganas.
Sebahagian lagi meminati irama yang ada rentak tertentu dan mempengaruhi penampilan mereka dan gaya bercakap. Mereka meminati sejenis tarian yang agak janggal dikatakan sebagai tarian moden tetapi lebih mirip dengan tarian kera.
Kaum muslimin mempunyai wajah yang khusus dengan disinari cahaya nur keimanan dan amalan yang menuruti sunnah yang hak. Tetapi apabila semakin ramai yang meninggalkan amalan yang hak dan ilmu yang benar dan mendatangi guru-guru atau pendakwah-pendakwah yang membawa ajaran-ajaran baru tentang amalan-amalan untuk menjadi umat rock, trash, hardcore, rb dan seangkatan dengannya.
Mereka akan berpusu-pusu mendatangi siri-siri ceramah uztaz-uztaz mereka walaupun dikenakan tiket yang mahal. Mereka tetap taat dengan uztaz-uztazah yang telah menjadi pujaan hati mereka. Maka hilanglah nur cahaya keimanan dari wajah dan merubah bentuk penampilan dan wajah alias perangai.
Sila Baca:
Sila Baca: