Mati itu pasti. Tidak ada yang kekal didunia ini melainkan Allah azzawajalla telah menetapkan ajalnya. Apa sahaja dari harta, pangkat, anak dan pengaruh yang dimiliki tidak akan menemani diri ini kedalam kubur. Hanyalah amalan soleh yang diterima oleh Allah azzawajjala. Dan kebaikan yang kita lakukan harus benar-benar ihklas kerana Allah dan menuruti sunnah rasulnya. Dan kita juga harus tahu bahawa Allah telah menetapkan adanya saksi dikalangan manusia di dunia ini. Jika Allah mengatakan seseorang itu baik, pasti manusia akan mengatakan dia juga baik dan begitulah sebaliknya.



Diriwayatkan dari Imam Ahmad Rahimullah, dari Abul Aswad katanya:
 
"Aku pernah datang di Madinah dan disana sedang berlaku penyakit berjangkit yang menyerang banyak orang. Dan korban pun berjatuhan dengan cepat. Lalu aku duduk berdekatan Umar Ibnu Khatab radhiallahu anhu. Lalu ada jenazah yang lewat, lalu jenazah itu dipuji dengan kebaikan.
Umar berkata "pasti"
 
Kemudian melewati jenazah yang lain, dan jenazah itu disebut dengan keburukan.
 
Umar berkata " pasti"
 
Setelah itu Abul Aswad bertanya kepada Umar bin Khatab:
"Ya Amirul mukminin, apa yang pasti itu?"
 
Umar menjawab" Aku mengatakan seperti apa yang dikatakan nabi shalallahu alaihi wasalam;
 
Orang Muslim manapun yang diberi kesaksian oleh empat orang bahawa ia baik, nescaya Allah akan memasukkan dia ke dalam  syurga"

Kami bertanya" Jika tiga orang?

Jawab Umar" Ya meskipun tiga orang"

Kami bertanya lagi" Jika dua orang?"

Beliau menjawab" Ya, termasuk 2 orang"