Apakah yang boleh kita simpulkan dari huraian tentang sunnah dan bidaah? Sunnah adalah hadis sahih iaitu perbuatan, percakapan dan pengakuan Nabi Shallalahu Alaihi Wassalam. Bidaah adalah sesuatu yang tidak datang dari Nabi dari iktikad Aqidah dan amalan. Sunnah itu adalah bahagian dari wahyu dan menjelaskan tentang ayat-ayat AlQuran. Contoh tentang tatacara ibadah solat dijelaskan dalam sunnah atau hadis. Bentuk-bentuk riba juga dijelaskan dalam hadis.

Ketika didalam AlQuran memerintah supaya jangan menghampiri zina. Maka dijelaskan dalam hadis bagaimana kita harus menghindarinya. Disitulah keutamaan sunnah dan mengingkarinya adalah sama seperti menolak AlQuran. Sementara bidaah adalah sesuatu yang tidak ada asalnya dari Nabi yang terdiri dari hadis-hadis palsu dan hadis-hadis yang dhaif berat. Para ulama kita telah berusaha dalam memurnikan agama ini dari hadis-hadis palsu dan dhaif berat kerana mengamalkannya adalah bidaah. Perkara-perkara yang tidak ada asal atau sandaran dari hadis lebih berat bidaahnya. Kenapa nabi shallalahi Alaihi wassalam menyebut bidaah adalah kerana supaya umatnya mengambil sikap berhati-hati dan tidak ghuluw dalam beragama dengan amalan bidaah. Dan supaya agama ini kekal murni sebagaimana asalnya.



Namun Bidaah ini ada disebutkan oleh sebahagian ulama dalam masalah furu’ kerana beritjihad bahawa dalil yang menjadi sandaran lemah atau dhaif atau melihat dari sudut pemahaman yang berbeza. Dan ini menjadi persoalan khilafiah yang memerlukan ulama yang benar-benar arif untuk meneliti kerana umat perlu ilmu yang menjadi dalil yang jelas untuk dibawa dihadapan Allah azza wajjala di yaumil Qiamah. Kerana perselisihan akan membawa kita dihisab akan hujah kita. Kebenaran dalam beragama harus ditegakkan supaya umat ini selamat.

Golongan Ahli Sunnah adalah para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam beragama sehingga hari kiamat. Para sahabat berpegang dengan AlQuran dan Hadis sesuai dengan pemahaman yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya. Para Sahabat mengajarkan hadis kepada tabien dan seterus tabien mengajar hadis kepada Tabiut Tabien dan seterusnya kepada Imam-imam kita. Dan Ilmu tersebut bersambung hingga ke hari ini. Sanad ilmu atas apa yang kita amalkan ini bersambung hingga kepada para sahabat dan terus kepada Nabi Shalalahu Alaihi Wassalam. Oleh itu kita ini beramal dengan bersanad hingga ke pada Rasulullah melalui sanad Ilmu. Apa akan jadi jika sanad ilmu kita tidak sampai kepada Nabi dan Sahabatnya? Maka wajib kita perhatikan dalil dan hujah para ulama. Siapakah yang kita taklid kepadanya? Harus kita mendekati ulama hadis yang arif dalam keilmuan hadis untuk membantu kita mengenal kebatilan dalam memurnikan agama kita dari kesalahan.

Dalil dari Alquran tentang Ahli Sunnah:

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha terhadap mereka dan mereka ridha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka Surga-Surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” [At-Taubah: 100]

Dalil dari hadis

“Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari Ahlul Kitab telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Sesungguhnya (ummat) agama ini (Islam) akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tempatnya di dalam Neraka dan hanya satu golongan di dalam Surga, yaitu al-Jama’ah.”

HR. Abu Dawud (no. 4597), Ahmad (IV/102), al-Hakim (I/128), ad-Darimi (II/241), al-Ajurri dalam asy-Syarii’ah, al-Lalikai dalam as-Sunnah (I/113 no. 150). Dishahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh Imam adz-Dzahabi dari Mu’a-wiyah bin Abi Sufyan. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan hadits ini shahih masyhur. Dishahihkan oleh Syaikh al-Albani. Lihat Silsilatul Ahaadiits ash-Shahiihah (no. 203-204). 

Dalam riwayat lain.

“Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka, kecuali satu (yaitu) yang aku dan para Sahabatku berjalan di atasnya.”
HR. At-Tirmidzi (no. 2641) dan al-Hakim (I/129) dari Sahabat ‘Abdullah bin ‘Amr, dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Shahiihul Jaami’ (no. 5343). Lihat Dar-ul Irtiyaab ‘an Hadiits maa Anaa ‘alaihi wa Ash-haabii oleh Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, cet. Darur Rayah, th. 1410 H

Hadis diatas menunjukkan keutamaan para sahabat( jamaah kaum muslimin ) dan kewajipan mengikuti mereka dalam perkara kebaikan atau syariat agama.

Bagaimana menuruti sunnah

 Asas atau dasar pokok dalam menuruti sunnah adalah wajib ittiba atau menuruti Rasulullah saw. Sejarah menunjukkan para sahabat sering bertanya kepada nabi saw tentang perkara- perkara yang menyentuh syariat termasuk tafsiran ayat AlQuran. Para sahabat juga akan memperhatikan perbuatan nabi saw dan mencontohi. Begitu juga dengan teguran nabi saw dan pengakuan nabi saw keatas perbuatan yang mereka lakukan. Jika nabi tidak menegur bermakna nabi bersetuju dengan perbuatan tersebut. Rangkuman dari semua ini adalah hadis dan ia sunnah dalam mengamalkan agama ini. 

Kemudian setelah wafatnya Rasulullah saw, para sahabat menjadi guru kepada para tabiin. Para Tabiin mendatangi mereka untuk mempelajari hadis. Sunnah ini diikuti hingga kepada para imam kita termasuk imam yang empat. Kemudian para imam mula menulis pendapat atau ijtihad mereka dan dibukukan. Dan pendapat mereka adalah sumbernya AlQuran dan hadis. Contoh Imam Bukhari membukukan hadis-hadis tentang solat dan lainnya. Agama ini telah semakin dipermudahkan dengan usaha ini kerana umat islam tidak perlu lagi mengembara untuk menuntut ilmu hadis tetapi boleh merujuk terus kepada kitab. Sehinggalah sekarang ini,  kita merujuk kepada fatwa dan fatwa ini membawa kita kepada dalil. Berlaku khilaf dalam pendapat mereka namun ia hanya lebih kepada masalah furu atau cabang. Walaubagaimanapun pendapat mereka mungkin terdapat kelemahan kerana tidak didasari dari hadis sahih atau pengambilan dalil yang tidak tepat. Tetapi tetap ijtihad mereka adalah berdasarkan dalil.

Bagaimana kita harus menuruti sunnah adalah sentiasa mempelajari AlQuran dan hadis dan mengikuti pendapat ulama mahzab yang terpimpin.