Umat ini akan dan telah ditindas. Contoh yang paling nyata adalah penindasan umat Palestin oleh rejim zionis. Meskipun dibantah oleh dunia antarabangsa tetapi Rejim Zionis tidak pernah berundur dari menindas Palestine. Sejarah juga telah menunjukkan betapa penjajahan berterusan kaum kuffar dan tekanan yang diberi kepada negara-negara kaum muslimin sehingga mereka menjadi semakin lemah.




Hadis Nabi tentang penindasan keatas kaum muslimin

Rasulullah saw telah meyebut tentang perkara ini berdasarkan hadis seperti di bawah:

"Artinya : 'Telah berkumpul umat-umat untuk menghadapi kalian, sebagaima orang-orang yang makan berkumpul menghadapi piringnya'.

Mereka berkata : "Apakah pada saat itu kami sedikit wahai Rasulullah ?

Beliau menjawab : 'Tidak, pada saat itu kalian banyak, tetapi kalian seperti buih di lautan, dan Allah akan menghilangkan rasa takut dari dada-dada musuh kalian kepada kalian, dan Allah akan menimpakan pada hati kalian penyakit Al-Wahn'.

Mereka berkata : Apakah penyakit Al-Wahn itu wahai Rasulullah?.

Beliau menjawab :'Cinta dunia dan takut akan mati".
[Haadits Shahih, diriwayatkan oleh Abu Daud (4297), Ahmad (5/287), dari hadits Tsaubah Radhiyallahu anhu, dan disahihkan oleh Al-Albani dengan dua jalannya tersebut dalam As-Shahihah (958)]

Punca-punca umat Islam ditindas

Sekitar permulaan abad ke 14 dimana bangkitnya penentangan orang kristian di sepanyol atau Wilayah Cordova yang merupakan pusat pemerintahan Islam di Eropah. Umat Islam menjadi umat yang maju dan berilmu dan memiliki ketamadunan hingga mampu kekal sebagai empayar di Eropah selama ratusan tahun. Tetapi kini azan sudah hampir tidak lagi kedengaran di Sepanyol. Hanya segelintir umat Islam yang ada di sana, itupun mungkin pendatang. Sejarah ada menyebut ketika kekalahan khalifah Cordova, jutaan kaum muslimin telah dibunuh sama seperti penaklukan syiah di Iran dari pemerintahan Turki.

Penjajahan Kaum Kuffar berterusan hingga ke tanah air kita. Selepas kekalahan Melaka kepada Portugis kita mula di jajah oleh Belanda dan Britih. Ironinya, British yang menjajah bukanlah sebuah negara tetapi hanya sebuah Syarikat iaitu Syarikat Hindia Timur British. Penjajahan yang cukup mudah kerana tanpa melibatkan banyak peperangan tetapi kita serahkan tanah kita untuk ditadbir oleh mereka. Betapa lemahnya kaum muslimin.

Hadis diatas menunjukkan sesuatu perkara yang pasti terjadi kepada kaum muslimin dan sekarang telah terjadi. Justeru itu harus diteliti dan dipelajari puncanya untuk mengembalikan kegelimangan kita di mata kaum kuffar. Apa yang difahami dari penjelasan para Ulama dan pembacaan dapat disimpulkan bahawa kaum kuffar mengetahui bila masa kita lemah.  


Kerana sejarah menunjukkan kaum muslimin tidak pernah terkalah dalam apa jua medan pun samada medan tempur atau medan hujah. Contohnya perang Yarmuk betapa jumlah yang besar tentera Rom masih tidak mampu menewaskan tentera muslimin yang berskala sederhana. Malah Parsi sendiri tidak mampu mengalahkannya. Ketika berlaku peperangan antara bani Umaiyah dan Abbassiah, masih tidak ada kuasa kuffar yang mampu mengalahkannya. 

Sebahagian para ulama berpendapat kelemahan umat Islam adalah kerana meninggalkan sunnah dan meratanya amalan dan pemahaman bidaah. Bercampuraduk agama dengan kesyirikan. Sehingga kini ramai yang melakukan suatu amalan tanpa mengambilkira dalil iaitu iaitu hadis samada dari sumber sahih atau daif. Malahan berlakunya amalan kesyirikan yang dikaitkan dengan agama.


Baca hadis lain