Ketika dalam majlis ilmu atau forum ilmu dimana sekumpulan orang mendengar pengajian dari penceramah atau guru. Diantara adab-adab ketika menghadiri majlis ilmu adalah tidak bertanya tanpa mendapat keizinan dari guru atau pengajar. Dan adab pengajar adalah tidak menjawab pertanyaan yang dilontar secara tiba-tiba kerana ia mengganggu perhatian para hadirin.



Dari Abu Hurairah r.a, katanya :
"Pada suatu ketika Nabi shallalahu alaihi wassallam sedang berbicara dengan orang banyak (memberi ceramah atau pengajian ) tiba-tiba datang seorang Arab dusun menanyakan kepada beliau:

"Bilakah datangnya saat ( kiamat ) ?"

Rasullullah shallalahu alaihi wassallam tidak lansung menjawab tetapi beliau meneruskan perbicaraan dengan orang banyak. Kerana sikap Rasulullah shallalahu alaihi wassallam yang demikian itu, sementara orang mengatakan Rasulullah mendengar pertanyaan itu, tetapi beliau tidak menyukainya. Dan sesetengah lagi mengatakan beliau tidak mendengarnya.
Setelah Rasulullah shallalahu alaihi wassallam setelah selesai berbicara, beliau bertanya:

" Dimana orang yang bertanya perkara saat tadi ?"

Orang itu menyahut " Saya! Ya, rasulullah!"

Rasulullah shallalahu alaihi wassallam bersabda "Apabila amanah telah disia-siakan orang maka waspadalah akan datangnya saat"

tanya orang itu " Bagaimanakah cara disia-siakan amanah?"

Jawab Rasulullah saw "Apabila suatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka waspadalah terhadap datang nya saat"

Baca hadis lain