Tidaklah Allah subhanahu wa taala menurunkan penyakit melainkan pasti ada ubatnya. Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhum, bahawasanya Nabi Shallallahu alahi wa sallam bersabda:

 "Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya" ( Sahih Bukari No. 5354 )

Dari Jabbir Bin Abdillah Radhiallahu anhum; katanya Rasulullah Shallalahu alaihi wa sallam bersabda:

" Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah" ( Sahih Muslim no. 2204 )

Hadis ini membatalkan banyak dari dakwaan orang yang menyatakan setengah penyakit susah diubatinya kerana ketiadaan ubat. Dan ubat yang ada tidak dapat menyembuhkan penyakit tersebut. Kita beriman dengan hadis ini dan jelas bahawa penyakit tidak sembuh kerana ubat tidak sesuai. Dan penyakit boleh sembuh dengan ubat yang sesuai dengan izin Allah. Kadang-kadang penyakit boleh sembuh dengan memakan makanan yang biasa dimakan seperti buah dan sebagainya. Contohnya penyakit scuvy dapat disembuhkan dengan memakan banyak buah sitrus yang mengandungi vitamin C.

Disebutkan dalam Musnad Imam Ahmad : Dari Usamah bin Syarik, Nabi shallalahu alaihi wa sallam bersabda;

" Sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya. Ini diketahui oleh sebahagian orang dan tidak diketahui oleh sebahagian lain"
[Al-Musnad (IV/2788), Juga diriwayat oleh Ibnu Majah no. 3436, Abu Dawud no. 3855, Tirmidzi No 2038.  Sanad Hadis ini sahih dan terdapat jalur lain dari Ibnu Mas'ud]

Dalam Lafaz Lain;

"Sesungguhnyn Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit, melainkan dia juga meletakkan ubatnya kecuali satu penyakit." Para sahabat bertanya " Penyakit apakah itu wahai rasulullah ?" Nabi menjawab " Ketuaan "'

Bertakwa bila tua akan tetap tua dan tidak payah bersusah payah untuk mengekalkan muda. Mungkin kulit nampak muda tetapi didalam badan semuanya sudah tua.

Baca Hadis Lain...