Dari Anas Radhiallahu anhu ,dari nabi shallallahu alaihi wa sallam ,sabdanya :

"Tanda-tanda iman adalah mencintai kaum Ansar dan tanda-tanda munafik adalah membenci kaum Ansar" 


(Sahih bukhari 12)




Ansar adalah terdiri dari kaum Aus dab Khazraj iaitu penduduk asal Yatrib atau madinah selepas kedatangan Islam. Ansar bererti penolong dan mereka adalah kaum yang sangat dikasihi oleh Nabi Shallalahu alaihi wa sallam. Oleh itu mencintai mereka termasuk dalam syariat kerana hikmah dari perjuangan mereka dalam membantu Nabi mendakwahkan agama. Sejarah telah menjelaskan bahawa mereka telah mengorbankan harta, jiwa, pangkat dan kedudukan serta tanah air mereka samata-mata mengharapkan keredhaan dan pahala dan demi kecintaan mereka kepada Allah dan Rasulnya. Dan menjadi sebab dari situ, kita juga mendapat nikmat Islam. 

Namun kecintaan kepada mereka terbatas dalam syariat kerana tidak boleh gulluw atau berlebihan mencintai orang alim di kalangan umat kerana ia termasuk larangan. Kecintaan kita harus didasari dengan keinginan kuat mencontohi mereka dan tidak membenci atau melaknat mereka seperti yang telah dilakukan oleh Syiah Rafidah. Membenci mereka adalah termasuk munafik.