Halaman

Amalan berserta dengan Niat

Dari Umar Bin Khatab radhiyallahu anhu, katanya dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 " Tiap-tiap amalan harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa ( niat ) hijrah kerana Allah dan Rasulnya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasulnya.

 Dan barangsiapa ( niatnya ) hijrah kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya maka ( pahala ) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah "

Sahih Bukhari 1

Sebahagian Ulama menyatakan niat adalah separuh dari agama dan yang lain menyatakan sepertiga agama. Niat adalah penentu amalan kebaikan yang dilakukan adalah hanya untuk Allah dan rasulnya. Dan jika dikotori dengan niat yang lain maka tidak ada pahala bagi amalan itu. Inilah intipati kehidupan muslim iaitu amalan yang dilakukan adalah menepati syariat dan niatnya benar. 

Baca Hadis Lain....