Halaman

Orang yang panjang tangannya


Menurut peribahasa maksud panjang tangan itu adalah suka mencuri,walaubagaimanapun bolehkah ditukar kepada maksud yang lain?

Dalam satu hadis dari sahih Bukhari, No 738 : bab zakat. 



Dari Aisyah radhiaallahu anhum,"Katanya, sebahagian isteri nabi shallalahu alaihi wassalam . bertanya kepada baginda,
"Siapakah diantara kami yang lebih dahulu tuan?"
Jawab nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam." Siapa yang lebih panjang tangannya"

Lantas mereka ambil sepotong ranting lalu mereka ukur tangan mereka. Ternyata Saudah yang lebih panjang. Barulah kemudian mereka ketahui, bahwa yang dimaksud dengan tangan panjang ialah tangan yang banyak memberi sedekah.

Itulah isteri baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam yang pertama sekali akan bertemu dengan nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam di akhirat kelak. Saudah sememangnya sangat suka bersedekah."


Jika diambil dari hadis ini,Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memaksudkan orang yang panjang tangan itu adalah isteri baginda, Saudah yang menpunyai tangan yang lebih panjang. Dan dia adalah isteri nabi yang paling banyak bersedekah. Justeru itu mungkin maksud peribahasa tangan panjang boleh diubah kepada orang yang suka bersedekah sebagai mengambil pengajaran dari hadis ini.