Dari Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

" Aku dibawa orang ( Jibril a.s ) ke sumur zamzam, disana dadaku dibelah, kemudian dibersihkan dengan air zamzam sesudah itu aku dihantar kembali ke tempatku semula"
( Muslim 135 )




Dari Anas bin Malik r.a, katanya :

"Jibril a.s mendatangi rasululllah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika baginda sedang bermain-main dengan beberapa orang kanak-kanak ( dizaman kanak-kanak ). Tiba-tiba Jibril memegang dan membaringkan beliau, lalu membelah dan mengeluarkan jantung beliau, kemudian dibuang segumpal darah dari jantung itu seraya berkata:

" Ini menguntungkan syaitan dari dirimu"

Kemudian dibersihkan dalam sebuah bejana emas dengan air zamzam. Sesudah itu diletakkannya ditempatnya dan dijahitkan kembali. Anak-anak yang menyaksikan itu segera lari kepada ibu susu beliau, mengabarkan bahawa Muhammad dibunuh orang. Mereka segera mencarinya, dan didapatinya Muhammad masih dalam keadaan pucat ."

Kata Anas, " Aku melihat bekas jahitan itu didada rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam "

( Muslim 136 )

lihat video penerangan tentang hadis diatas :