Kalimat ini merupakan tunjang kepada keimanan dan tidaklah ianya lahir dari sudut penyebutan lisan sahaja tanpa menuntut kepada perkara-perkara utama dalam ungkapan ini. Ungkapan ini mengandungi kalimah la ( penafian ) dan istbat. Nafi bermakna seseorang yang mengucapkan lalimah tauhid ini wajib membuang semua bentuk-bentuk peribadatan, pengabdian dan ketaatan kepada selain Allah azzawajalla atau taghut.

Makna Itsbat adalah menetapkan semua peribadatan, pengabdian dan ketaatan hanya kepada Allah semata-mata dan menyakini tidak ada sekutu bagi Allah azza wajallala. Maknanya pemurnian agama ini adalah hanya bagi Allah dan kufur kepada penyembahan kepada selain Allah azzawajalla. Bedasarkan firman Allah dalam surah An-nahl : 36 yang maknanya ;

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan),"Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thagut itu.”

Oleh kerana itu dengan melafazkan kalimat ini ada tuntutan yang wajib dipenuhi. Iaitu mengesakan Allah dan melakukan ketaatan iaitu beribadah kepadanya dengan mematuhi perintah dan meninggalkan larangannya dan mengingkari taghut.




Kadang-kala si anak menanyakan kepada si bapa ketika melintas seorang kufar sedang melakukan peribadatan kepada sesembahan mereka. Si anak lansung bertanya, apa yang sedang dilakukan itu? Si ayah menjawab, dia sedang menyembah tuhan dia. Jawapan seperti ini akan mengelirukan si anak yang masih mentah. Sepertinya  menurut mereka akan menganggap adanya tuhan selain Allah yang boleh disembah. Justru itu jawapan yang terbaik adalah, mereka itu sedang menyembah taghut iaitu tuhan-tuhan palsu yang diada-adakan. Mereka itu sedang melakukan kesyirikan kerana manusia ini telah dijadikan oleh Allah untuk beribadat hanya kepadanya dan tidak selain dari Allah azzawajalla.

Diantara manusia ada menjadikan sesama manusia sebagai idola. Makna idola ini adalah sesuatu yang dipuja, disembah dan diagung-agungkan. Mereka meletakkan gambarnya, meniru gaya perbuatan dan pakaiannya, bahkan meletakkan perasaan cinta dan fanatik kepadanya. Wajib diketahui bahawa cinta atau muhabbah itu hanya bagi Allah azzawajalla dan bukan kepada selainnya. Bentuk pengidolan kepada manusia ini adalah satu bentuk serangan dari syaitan manusia dalam rangka jihad mereka menyesatkan manusia dan melariskan produk mereka. 

Diantara manusia ada yang melakukan bentuk amalan khurafat kerana takut kepada sesuatu selain Allah. Contohnya takut kepada bencana yang disebabkan oleh gunung berapi. Katanya penjaga gunung berapi itu sedang marah. Sebenarnya penjaga gunung berapi dan seluruh makhluk itu adalah ciptaan Allah dan tidak ada selain dari itu. Juga ada dikalangan manusia yang memakai tangkal pelindung, pelaris perniagaan dan sebagainya. Ini semua adalah bentuk-bentuk taghut yang perlu dijauhi.