Halaman

Disunatkan menjamah makanan sebelum solat


Dari Anas Bin Malik radhiallahu anhu, katanya: Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

" Apabila santapan malam telah terhidang, sedangkan solat sudah diqamatkan, maka dahulukanlah makan malam dan jangan tergesa-gesa."
(Muslim 510 )

Dari Ibnu Umar r.a, katanya : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
" Apabila santapan malam telah terhidang, sedangkan solat sudah diqamatkan, maka dahulukanlah makan, dan jangan tergesa-gesa sampai makananmu selesai"
(Muslim 511 )



Dari Ibnu Atiq r.a, katanya:
Pada suatu ketika aku bercakap-cakap dengan Qasim*. Dia seorang yang gagap dan dia anak tunggal bagi ibunya. Aisyah radhiallahu anhuma bertanya kepadanya,"Mengapa kamu tidak dapat berbicara seperti anak saudaraku ini? Aku tahu sebabnya. Dia dididik oleh ibumu dan kamu dididik oleh ibumu.

"Qasim marah dan jengkel kepada Aisyah, tatkala dilihatnya Aisyah menghidangkan makanan, dia pergi. Maka kata Aisyah " Hendak kemana Kamu?"

Jawab Qasim, " Aku hendak pergi solat"
Kata Aisyah" Duduklah dahulu!"
Jawab Qasim" Aku hendak pergi solat"

Kata Aisyah" Duduklah dahulu! Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Tidak sempurna solat seseorang apabila makanan telah dihidangkan, atau dia didesak buang air besar atau kecil"
(Muslim 512 )

lihat Video :