Rasulullah Shallalahu Alaihi Wassalam memerintahkan untuk membunuh anjing yang berkeliaran kerana bahaya buasnya haiwan liar. Anjing apabila berkumpulan akan menyerang sesiapa sahaja dan boleh membunuh. Justeru itu ada hadis menyebut tentang perintah nabu untuk membunuh anjing liar kecuali anjing yang dipelihara.



Dari Ibnu Umar Radhiallahu Anhu, Katanya, "Rasulullah Shallalahu Alaihi Wassalam memerintahkan supaya membunuh anjing. Lalu beliau kirim orang keseluruh pelusuk kota madinah untuk melaksanakannya" 

( Muslim 1537 )

Dari Abdullah radhiallahu anhu katanya:
" Rasulullah Shallalahu Alaihi Wassalam memerintahkan supaya membunuh anjing. Lalu kami pergi keseluruh pelosok kota melaksanakannya, sehingga tidak seekor pun anjing yang tertinggal, kami bunuh semuanya. Bahkan seekor anjing yang selalu mengikuti tuannya iaitu seorang wanita dusun, kami bunuh pula." 

( Muslim 1538 )

Dari Ibnu Umar radhiallahu anhu, katanya " Sesungguhnya Rasulullah Shallalahu Alaihi Wassalam memerintahkan kami membunuh anjing. Kecuali anjing pemburu, atau anjing penjaga ternak gembalaan "
Dari Jabir bin Abdullah radhiallahu anhu, katanya " Rasulullah Shallalahu Alaihi Wassalam memerintahkan membunuh anjing. Lalu kami laksanakan perintah itu, sehingga seekor anjing milik seorang wanita yang selalu mengawal tuannya dari dusun kami bunuh pula. Kemudian Rasulullah melarang menbunuh anjing seperti itu. " Tetapi beliau bersabda:

"Bunuhlah walau dimana sahaja anjing yang seluruh bulunya berwarna hitam dengan dua titik putih di keningnya, kerana anjing itu adalah syaitan"

Dari Ibnu Mughafal radhiallahu anhu, katanya: " Rasulullah saw memerintahkan supaya menbunuh anjing. Kemudian beliau bersabda: " Kenapa semuanya?" lalu beliau kecualikan anjing pemburu dan anjing ternak."

( Sahih Muslim No 1537 – 1541)