Berpuasa adalah menahan diri dari keinginan yang halal iaitu  berhubungan badan dengan isteri, makan dan minum. Ia diperbolehkan di waktu yang lain tetapi diharamkan ketika berpuasa kerana kita diwajibkan berpuasa. Selain itu bersabar dengan menahan diri ketika marah dihina atau dipukul orang, memarahi atau menghina orang dan lebih haram lagi apabila mengumpat orang. Perkara ini tidak diperbolehkan ketika berpuasa sebagaimana dijelaskan dari hadis. Jika ada yang cuba mengusik  maka katakan aku puasa.




Dari Abu Hurairah r.a, katanya, Rasululluh saw telah bersabda :
" Allah azzawajjalla berfirman :"Setiap amal anak adam teruntuk baginya kecuali puasa, puasa itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu puasa, janganlah kamu rosak puasamu dengan bersetubuh, dan jangan menghina orang. Apabila kamu dihina atau dipukul orang. Katakanlah"aku puasa ". Demi Allah yang jiwa muhammad di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui tuhannya ( meninggal ) dia gembira dengan puasanya "
 ( Sahih Muslim 1117 )

Di hadis yang lain'
Dari Abu Hurairah r.a, katanya , Rasulullah saw bersabbda:
"Setiap amal anak adam dilipatgandakan pahalanya. Satu macam kebaikkan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali ( gandaan ). Allah azzawajalla berfirman " Selain puasa kerana puasa itu untukkku. Aku akan beri pahala bagi orang yang puasa, kerana dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makan kerana ku. Dan bagi orang yang berpuasa ada dua macam kegembiraan: Pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau kasturi"
( Sahih Muslim 1118 )