Berleluasanya pergaulan bebas, berleluasanya filem-filem cinta, berleluasanya pakaian tak menutupi aurat, berleluasanya budaya kelucahan melalui percakapan, gerakan anggota tangan dan berleluasanya video lucah. Hilangnya sifat kebencian keatas zina dan hilangnya rasa malu. 

Berleluasanya aktiviti yang membawa kepada mukadimah zina yang akhirnya berlaku persetubuhan haram antara adik beradik, anak ibu, ayah anak, guru anak murid, rakan sekerja, rakan internet dan seterusnya. Inilah tanda akhir zaman. 

Bertaubatlah dari dosa zina kerana ia antara dosa besar yang berat untuk ditanggung. Hukuman zina sebaris dengan hukuman kerana membunuh dengan direjam hingga mati atau disebat. Sumbang mahram, hukumannya adalah bunuh. Rasulullah saw pernah memerintahkan bunuh keatas seorang lelaki kerana berkahwin dengan ibunya sendiri.




Hadis Rasulullah tentang zina yang berlaku di Akhir zaman

Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim dari Anas r.a, dia berkata : Rasulullah shallalahu alaihi wassalam  bersabda 

Sesungguhnya di antara tanda-tanda akan datangnya kiamat adalah akan bermaharajalelanya perzinaan “ ( Sahih Bukhari dan muslim )

Diriwayatkan dari Abi Malik Al-Asy’ari bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda :

Sungguh aka nada dari umatku beberapa kaum yang menghalalkan ( menganggap halal ) perzinaan dan sutera “ ( Sahih Bukhari )


Bagaimana cara menjauhi zina ?


 Firman Allah taala dalam surah An-Nur- 30-31

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". (30) 

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang [biasa] nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan [terhadap wanita] atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. “(31)

Allah swt memerintahkan kita menahan pandangan dan menjaga kemaluan. Memandang boleh menimbulkan syahwat dan dibuktikan oleh kemaluan. Menahan pandangan akan mengelak dari timbulnya keinginan syahwat dan sekaligus hilangnya keinginan di kemaluan.


Hadis Rasulullah tentang mukadimah zina


 "Telah ditentukan atas setiap anak Adam bagiannya dari perbuatan zina, ia pasti melakukannya. Zina kedua mata adalah dengan memandang, zina kedua telinga adalah dengan mendengarkan, zina lisan adalah dengan berbicara, zina kedua tangan adalah dengan menggenggam, dan zina kedua kaki adalah dengan melangkah, sedangkan hati berkeinginan dan berandai-andai, dan kemaluan mempraktiskan keinginan untuk berzina itu atau menolaknya". [Muttafaqun 'alaih]

Boleh disimpulkan disini zina boleh terjadi dengan bermulanya mukadimah seperti hadis diatas.


Zina Mata dengan melihat yang Haram ( Aurat ), mengendap atau menonton Tv dimana kebanyakkan pelakonnya di Tv tidak menutup Aurat


Zina telinga adalah mendengar suara wanita atau suara yang boleh menimbulkan syahwat


Zina lisan berbicara yang haram, mengurat dan sebagainya


Zina tangan, keluar dating berpegangan, berpelukan


Zina kaki adalah melangkah ketempat zina


Zina khayalan, berangan-angan untuk melakukan dengan si anu

Dan kemaluan menunjukkan keinginan untuk berzina atau menolaknya. 


Perkara ini sudah berleluasa berlaku hingga ibu-bapa tidak kisah anak dara dan teruna bercinta sebelum kahwin. Perkara kecil membawa kepada yang besar. Banyaknya pembuangan bayi adalah berpunca dari ibu bapa sendiri. Tidak kisah dengan pakaian anak gadisnya yang boleh menimbulkan syahwat lelaki lain apabila melihatnya. Tidak kisah dengan anak lelaki yang sering bertukar pasangan. Tidak kisah dengan hiburan cinta yang mengkhayakkan.

Firman Allah swt surah Al-Isra’ ayat 32
Janganlah kamu mendekati zina, kerana zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk “


Zina mencabut iman seseorang


 Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi bersabda :

Apabila seorang hamba berzina, keluarlah iman darinya, lalu iman itu berada diatas kepalanya seperti naungan, maka apabila dia telah bertaubat, iman itu kembali kepadanya “ ( Sahih Abu Dawud 4690 )


Allah swt tidak akan berbicara dengan orang tua yang berzina


Diriwayat dari Abu Hurairah, nabi bersabda :

Ada tiga golongan (manusia) yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka siksa yang sangat pedih, yaitu ; Orang tua yang berzina, raja yang pendusta (pembohong) dan orang miskin yang sombong” [Hadits shahih riwayat Muslim]

Berusahalah melindungi diri dan keluarga dari perbuatan ini.