Rasullulah Shallalahualaihi wasalam melarang kita untuk mengeraskan suara ketika bezikir. Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari seperti berikut : 


Abu Musa Al-Asy’ari berkata:

Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam memerangi atau menuju Khaibar, orang-orang menaiki lembah, lalu mereka meninggikan suara mereka dengan takbir: Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaaha illa Allah. 
   
Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

”Pelanlah! Sesungguhnya engkau tidaklah menyeru kepada yang tuli dan yang tidak ada. Sesungguhnya, engkau menyeru (Allah) Yang Maha Mendengar dan Maha Dekat, dan Dia bersamamu .”
Dan saya (Abu Musa) berada di belakang haiwan (tunggangan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, Beliau mendengar aku mengatakan: “Laa haula wa laa quwwata illa billah”. Kemudian Beliau bersabda kepadaku,”Wahai, Abdullah bin Qais (Abu Musa)!”







Aku berkata,”Aku sambut panggilanmu, wahai Rasulullah.” Beliau bersabda,”Maukah aku tunjukkan kepadamu terhadap satu kalimat, yang merupakan simpanan di antara simpanan-simpanan surga?” Aku menjawab,”Tentu, wahai Rasulullah. Bapakku dan ibuku sebagai tebusanmu.” Beliau bersabda,”Laa haula wa laa quwwata illa billah.”
[HR Bukhari, no. 4205; Muslim, no. 2704].

Dan dzikir secara pelan merupakan adab yang Allah perintahkan. Dia berfirman:
Dan dzikirlah (ingatlah, sebutlah nama) Rabb-mu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. [Al A’raf:205].

Fatwa Imam Syafie tentang menyerdehanakan suara ketika zikir selepas solat

Berdasarkan pendapat imam Syafie dalam kitab Al-Um mengenai sama ada berzikir secara sembunyi atau keras ialah:

"Saya (Imam Syafi'i) memandang baik bagi Imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah keluar (selesai) daripada solat. KEDUA-DUANYA MENYEMBUNYIKAN ZIKIR, KECUALI bahawa dia itu adalah seorang imam yang harus orang belajar darinya.
Allah Azza wa jalla telah berfirman (dalam surah al-Israa' (17):110

"..dan janganlah engkau menyaringkan bacaan doa engkau atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya.." 
  
Iaitu - Allah sahaja yang Maha Mengetahui iaitu doa. Tidaklah engkau keraskan, ertinya janganlah engkau tinggikan suara. Dan tidak engkau diam sahaja, ertinya sehingga tidak dapat engkau dengar sendiri.

Saya (Imam Syafi'i) mengira (berpendapat) bahawa yang diriwayatkan daripada Ibnu Zubair adalah dari tahlilnya Nabi SAW. Dan yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas adalah dari takbirnya, sebagaimana yang kami (Imam Syafi'i) riwayatkan. Saya (Imam Syafi'i) mengira (berpendapat) bahawa Nabi SAW mengeraskan sedikit suaranya, supaya manusia dapat belajar daripadanya. Yang demikian itu kerana umumnya riwayat yang kami (Imam Syafi'i) tuliskan bersama ini dan yang lainnya, tidak disebutkan padanya sesudah salam, akan perbacaan Tahlil dan takbir.

Kadang-kadang disebutkan bahawa Nabi SAW berzikir sesudah solat, dengan yang saya terangkan itu, dan disebutkan juga perginya Nabi SAW dari Solat tanpa zikir. Dan Ummu Salamah menyebutkan berhentinya Nabi SAW sekejap sesudah solat dan baginda tidak bezikir dengan keras (kuat).
Saya (Imam Syafi'i) mengira, bahawa Nabi SAW tidak berhenti yang sekejap itu, selain untuk berzikir dengan zikir yang tidak keras suara....."

Inilah pendapat Imam as-Syafi'i terhadap hadis-hadis zikir selepas solat. Beliau menyatakan zikir setelah solat secara keras yg diriwayatkan dari ibnu Abbas RA adalah untuk para sahabah belajar dari Nabi SAW akan tatacara untuk berzikir. Setelah para sahabah paham caranya maka zikir selepas solat itu disirkan (perlahan ) atau disembunyikan dengan suara yg lembut dan perlahan secara individual. 

Ini telah menjadi amalan di kebanyakkan masjid di Malaysia yang bermahzab Syafie. Biasanya hanya kedengaran suara imam di mikrofon. Cuma mungkin berlaku di Surau-surau dimana makmum dan Imam berzikir secara bersama dengan suara yang sangat keras hingga mengganggu jemaah yang masbuh. 

Perkara ini telah menjadi perselisihan dalam ijtihad. Ini merupakan dampak dari ketidak seimbang dalam memahami agama kerana sering berlaku pertelingkahan dan tuduhan wahabi, bidaah dan sebagainya. Hakikatnya kita masih dalam sunnah wal jamaah.