Halaman

Rahsia khusyuk dalam solat ketika membaca surahAl- fatihah

Untuk mencapai khusyuk dalam solat adalah dengan memahami makna dan tafsiran ayat yang dibaca. Surah Al-fatihah memiliki banyak keutamaan dan wajib dibaca dalam solat. Dan tafsiran surah Al-Fatihah menurut hadis adalah jawapan Allah swt ketika kita membacanya dalam solat.



Dikatakan kepada Abu Hurairah:’” Kami berada dibelakang imam” Maka Abu Hurairah berkata: Bacalah Al-faatihah didalam hatimu kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:

Allah berfirman: aku telah membahagi solat menjadi dua bahagian antara diriku dengan hambaku. Dan bagi hambaku apa yang dia minta” Ketika dia mengucapkan (ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ), maka Allah berfirman: Hambaku telah memujiku” 

Jika dia mengucapkan (ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ) maka Allah berfirman: Hambaku telah menyanjungku “ 

Jika dia megucapkan (مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ) maka Allah berfirman : Hambaku telah memuliakanku. Dan pernah Abu Hurairah menuturkan : Hambaku telah berserah diri kepadaku.


Jika dia megucapkan (إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ), maka Allah berfirman: Inilah bahagian antara diriku dan hambaku dan untuk hambaku apa yang dia minta.
 
Dan jika dia megucapkan( ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ) maka Allah berfirman ; Ini untuk hambaku dan hambaku pula apa yang ia minta

( Demikian yang diriwayatkan oleh an-Nasa’I )
Dinukil dari Tafsir Ibnu Katsir tentang keutamaan surah Faatihah

Sila Baca :